Siakap Keli
Kredit: Sinar Harian

Sebuah Lori Tangki Minyak Meletop, 62 Maut Terbakar Hidup-hidup

CAP HAITIEN – Sebuah lori tangki minyak yang terbalik telah meletop di Haiti pada Selasa. Insiden tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 62 orang terkorban. Lori itu terbalik setelah pemandu kenderaan itu hilang kawalan kerana mengelak sebuah teksi motosikal di bandar Cap Haitien.

Menurut laporan, kesemua mangsa tersebut telah terbakar hidup-hidup. Kejadian berlaku semasa mereka mengerumuni kenderaan besar itu untuk mengambil minyak yang tumpah di jalan raya.

Selepas kejadian itu, orang ramai telah berkumpul di lokasi bagi melihat dan membantu mangsa. Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia diletakkan di dalam beg-beg mayat.

Timbalan Datuk Bandar, Patrick Almonor telah mengesahkan angka kematian yang terlibat dengan insiden ngeri itu. Almonor menyatakan bahawa pihak berkuasa masih mencari beberapa mangsa di bangunan berdekatan tempat kejadian di bandar tersebut yang terletak di pantai utara negara itu.

Almonor juga telah menggambarkan situasi yang mengerikan ketika letupan itu berlaku dengan menyatakan bahawa beliau telah melihat sejumlah orang terbakar hidup-hidup. Selain itu, dia juga memberitahu adalah mustahil untuk mengenal pasti identiti diri mereka kerana kebanyakannya sudah hangus.

Tambah beliau, lebih kurang 40 buah rumah di lokasi kejadian juga telah rosak akibat insiden letopan tersebut. Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa jumlah mangsa yang berada di dalam rumah semasa letupan berlaku masih tidak diketahui.

Bagi mangsa yang cedera pula, mereka sedang dirawat di Hospital Universiti Justinien di bandar kedua terbesar negara itu.

Sumber: Sinar Harian

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.