Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes baharu Covid-19 adalah sebanyak 3,900 kes pada Rabu. Jumlah tersebut kembali menurun berbanding 4,097 kes pada Selasa, semalam.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Dr Noor Hisham menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi. Dengan jumlah kes baharu itu, ianya menjadikan jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 2,703,140 kes.
Rumusan melalui portal COVIDNOW menunjukkan setakat ini 78.2 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Sumber: Facebook Dr Noor Hisham