Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

TERKINI: Kembali Cecah RM3, Harga RON97 Naik Semula, RON95 & Diesel Kekal

Harga runcit produk petroleum bagi RON97 menunjukkan peningkatan sebanyak 1 sen, iaitu RM 3.00 seliter bagi tempoh 16 Disember 2021 hingga 22 Disember 2021.

Bagi harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel masih menunjukkan harga kekal sebanyak RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Pemantauan akan terus dilakukan susulan daripada kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi emmastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber : MOF Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.