Siakap Keli
Gambar: TikTok @sayazuhri

(Video) Air Mesin Basuh Keluar ‘Slow’, Ini Cara Mudah Nak Lajukan Air Semula Macam Baru Beli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai mesin basuh di rumah sememangnya akan dapat meringankan beban kerja terutamanya dalam usaha untuk mencuci pakaian. Apa tidaknya, hanya masukkan pakaian dan sabun ke dalam mesin tersebut, dan biarkan mesin itu yang bekerja.

Pun begitu, sekiranya mesin tersebut digunakan sudah terlalu lama, sudah pasti akan ada masalah yang bakal dihadapi. Antaranya ialah air yang perlahan dari saluran paip. Sebenarnya, bukan mesin tersebut mempunyai masalah yang besar, namun hanya boleh diselesaikan dengan mudah dalam beberapa langkah sahaja.

Oleh itu, menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok @sayazuhri, pemilik tersebut telah berkongsi cara-cara untuk memeriksa apa punca air mesin basuh anda perlahan.

Dalam video tersebut pemilik telah mengajar cara untuk memeriksa salur hos air yang digunakan, “Mula-mula anda buka salur hos tersebut, kemudian keluarkan penapis dia. Seterusnya, anda cuci penapis tersebut.”

Kebiasaannya, penapis tersebut dipenuhi dengan keladak karat yang ditapis oleh penapis tersebut. Tambah pemilik lagi, tujuan adanya penapis tersebut ialah sebagai bahan keselamatan untuk menjamin daripada motor mesin basuh tersebut cepat rosak.

Setelah penapis tersebut selesai di cuci, anda tutup semula hos tersebut seperti mana ianya dibuka. Setelah itu, bolehlah anda cuba untuk memeriksa aliran air mesin basuh di rumah anda laju atau tidak.

Untuk pemahaman dan gambaran yang lebih jelas, bolehlah rujuk video di bawah:

@sayazuhri

Lama tak ajar DIY kannnn? Okay jom DIY MESIN-BASUH #fyp #foryou #learnontiktok #fypp

♬ original sound – zuhrimohd – zuhrimohd

Sumber: @sayazuhri

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.