Siakap Keli
Kredit: Tiktok Ama Mijan

(Video) Lepas Lukis Nobita Bersugi, ‘Request’ Lukis Shizuka Berbaju Kebaya Viral Di TikTok

Shizuka Minamoto atau lebih dikenali sebagai Shizuka merupakan salah satu watak yang ada dalam siri kartun terkenal di Jepun iaitu Doraemon. Wajahnya yang cantik dan tingkah lakunya lemah lembut membuatkan ramai orang menyukai watak tersebut.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah wajah Shizuka ini sekiranya memakai baju kebaya? Adakah akan nampak lebih ayu dan sopan santun?

Seorang pengguna Tiktok dengan bakat kreatif melukis iaitu @amajian atau Amamijan telah merealisasikan impian salah seorang pengikutnya untuk melihat watak Shizuka memakai baju kebaya. Pengikutnya yang bernama @alyanoris telah menyatakan hasrat di komen dengan menyuruh jejaka tersebut untuk melukis Shizuka memakai kebaya sambil memegang bunga raya.

Dalam video tersebut, terdapat hasil lukisan lama yang dilakukan Mijan sebelum ini iaitu lukisan Nobita memakai serban, jubah, berkain pelikat sambil mengigit kayu sugi. Sangat cantik, sopan dan sangat comel lukisan watak Shizuka tersebut. Lukisan tersebut juga membuatkan Shizuka kelihatan seperti watak kartun muslimah.

Nak tengok hasilnya? Jom tengok video di bawah.

@amamijan

Reply to @alyanoris SWEET KAN PASANGAN GINI🤧🌹.

♬ original sound – Amamijan – Amamijan

Sumber: Tiktok

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.