Setiap pasangan pengantin tidak sabar menanti detik-detik majlis perkahwinan mereka. Oleh itu, pelbagai kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh bakal pengantin untuk menjadikan majlis mereka unik dan lebih diingati.
Lebih-lebih lagi di India, sekarang merupakan musim perkahwinan. Namun, satu kejadian tidak diduga apabila pasangan pengantin dari Raipur di Chhattisgarh dikatakan cedera gara-gara buaian besar yang dinaiki mereka itu dikatakan tidak menjadi, lapor news24.com melalui India Today.
‘Kemalangan’ itu telah menjadi tumpuan ramai apabila video perkahwinannya dikongsikan dan semakin tular di Internet.
Video itu memaparkan pasangan pengantin yang bakal berkahwin itu berada di atas buaian tinggi berbentuk bujur dan di sisi kiri kanan kelihatan bunga api yang keluar.
Tak lama kemudian kejadian ‘ngeri’ itu berlaku. Tali buaian besar itu tiba-tiba putus dan menyebabkan pasangan itu jatuh tersungkur ke lantai.
Para tetamu yang melihat kejadian itu lalu menjerit dan berlari ke arah pentas.
Pasangan itu dilaporkan terjatuh dari ketinggian setinggi 12 kaki dan mereka dikatakan mengalami kecederaan ringan.
Walau bagaimanapun, upacara perkahwinan mereka tetap diteruskan selepas 30 minit.
Menurut laporan, syarikat yang menguruskan majlis pekahwinan itu akan bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.
Unfortunate accident at Raipur Wedding yesterday.
Thank God all are safe.
source : https://t.co/yal9Wzqt2f pic.twitter.com/ehgu4PTO8f— Amandeep Singh 💙 (@amandeep14) December 12, 2021
Sumber: India Today, Amandeep Singh