Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor untuk menyelesaikan masalah tersebut dan beberapa kawasan yang terjejas dengan projek henti tugas LRA Sungai Semenyih ini melibatkan 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).
Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi aplikasi Air Selangor.
Bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna yang terlibat, Air Selangor telah mula mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP). Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.
Sumber: Astro Awani