Siakap Keli

Amaran Banjir Di Kuala Krai, Jeli Bermula Esok – JPS

KOTA BHARU: Amaran banjir dijangka berlaku oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di jajahan Kuala Krai dan Jeli bermula esok.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan itu hari ini telah menyenaraikan beberapa lokasi di dua jajahan tersebut yang dikenalpasti bakal berlakunya banjir jikaa hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai Kelantan.

“Lokasi dijangka banjir di Kuala Krai bermula antara 12 tengah malam hingga 4 pagi adalah Kampung Dabong, Kampung Manek Urai, Kampung Mesek, Kampung Gajah dan kawasan sekitarnya. Di Jeli pula dijangka melibatkan Kampung Lawar dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kampung Guchil, Kampung Jirat, Kampung Gatal, Kampung Batu Mengkebang, Kampung Keroh, Kampung Batu Jong dan kawasan sekitarnya turut dijangka terjejas akibat banjir.

Berdasarkan info banjir JPS, kawasan lembangan Sungai Kelantan yang dikenal pasti adalah lima sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Galas, Sungai Lebir, Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi manakala Sungai Pergau di Jeli.

Sumber: Astro Awani

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.