Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah kawasan sehingga 7 malam ini.
Amaran itu dikeluarkan pada pukul 3:20 petang tadi menunjukkan terdapat 5 negeri dan beberapa kawasan dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah:
- Perak: Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
- Pahang: Bentong
- Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
- WP Kuala Lumpur
- Negeri Sembilan: Jelebu dan Jempol.
Bagi penduduk di kawasan-kawasan yang dijangka terlibat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di rumah sekiranya tiada urusan di luar.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/cp7QKk28Qb
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 16, 2021
Sumber: MetMalaysia