Siakap Keli
Kredit: Sinar Harian

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas

SETIU – Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah semasa melakukan kerja-kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk, petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang menyebabkan mangsa yang berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa bersama bapanya melakukan kerja-kerja melombong di kawasan berkenaan sebelum berlakunya runtuhan yang menyebabkan mangsa tertimbus.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sejurus menerima panggilan, pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati berlakunya runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang bagi kerja-kerja melombong emas.

Menurutnya ketika kejadian, keadaan cuaca mendung namun sesekali hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan berkenaan lembut.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian. Usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan jentolak ekoran tanah di lokasi kejadian adalah dari jenis tanah liat dan berpasir serta mudah runtuh.

Sumber: Sinar Harian

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.