Khairy Jamaluddin pada sidang media Parlimen hari ini memberitahu penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 secara besar-besaran tidak dibenarkan. Memetik kenyataannya, sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya dibenarkan dilakukan secara berskala kecil bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas hanya secara kecil-kecilan dibenarkan.
“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini.
Sebelum ini, dalam sidang yang sama, beliau memberitahu bahawa semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas (tanpa mengira jenis vaksin siri primer) perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada bulan Februari 2022.
Ketibaan varian Omicron Covid-19 di negara ini membangkitkan kebimbangan, dengan itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diwujudkan semula bagi mempercepatkan pelaksanaan program pemberian dos penggalak.
Sumber: Facebook Astro Awani