Siakap Keli
Kredit: TikTok @reanalee05

(Video)”Tak Jadi Nak Masak..,Beliau Sudah Berbakti,” Viral Rakaman Ketam Diguna Ambil Jemuran Terjatuh Dari Tingkat Atas

Pernah tak korang alami masalah bila jemur baju dekat balkoni, mesti ada je baju yang jatuh dekat tingkat bawah sebab angin kuat.

Lagi-lagi korang yang tinggal di bangunan bertingkat seperti apartmen, mesti pernah mengalami masalah ni kan?

Perkara yang sama berlaku kepada pemilik akaun TikTok @reanalee05 di mana jemurannya telah jatuh ke balkoni tingkat bawah.

Apa yang menariknya dia telah menggunakan ‘barang’ unik untuk angkat jemuran yang jatuh tersebut. Barang yang dimaksudkan adalah seekor ketam yang sepatutnya dijadikan hidangn masak lemak cili api, tapi lain pula ‘fungsi’ haiwan dengan penyepit ini.

Dalam video yang dikongsikan, pengguna TikTok ini juga menyatakan dia tidak mahu memasak ketam itu kerana ketam tersebut sudah berbakti kepadanya.

Perkara sebegini mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain iaitu dengan menggunakan ketam hidup untuk mengambil kain yang jatuh itu.

Lain daripada yang lain, jom tengok aksi ketam tersebut ‘menyelamatkan’ jemuran yang terjatuh itu.

@reanalee05

♬ original sound – reanalee05 – reanalee05

Video yang memperoleh jumlah tontonan melebihi 1.6 juta itu turut mendapat komen yang sangat memberangsangkan daripada warganet. Malah ada yang turut berseloroh di ruangan komen.

Kredit: TikTok @reanalee05
Kredit: TikTok @reanalee05
Kredit: TikTok @reanalee05
Kredit: TikTok @reanalee05

Sumber: TikTok @reanalee05

Nadhirah