Siakap Keli
Gambar: @USNavy

Menggerunkan, Tentera Laut AS Berjaya Uji & ‘Tayang’ Kehebatan Senjata Laser Baharu Di Teluk Aden

Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ujian senjata laser yang dilakukan ke atas satu sasaran terapung di Teluk Aden berjaya dilakukan.

Menurut laporan, sistem itu mampu digunakan untuk menyasarkan bot dron yang digunakan oleh pemberontak Houthi Yaman.

USS Portland telah menembak senjata laser pada Selasa lalu di laluan air yang memisahkan semenanjung Arab dan Afrika.

Armada Ke-5 Tentera Laut AS yang berpangkalan di Timur Tengah itu menyatakan bahawa laser tersebut “berjaya memusnahkan” sasaran.

Pada Mei 2020, USS Portland telah menggunakan laser tersebut untuk menjatuhkan dron.

Ujian tembakan itu berlaku di luar pantai Yaman, di mana pemberontak Hputhi yang disokong Iran telah merampas ibu kota, Sana’a, pada 2014 dan telah memerangi tentera pimpinan Arab Saudi sejak dari itu.

Pertempuran, yang telah membunuh ribuan nyawa itu telah merebak ke Laut Merah, yang menghubungkan Teluk Aden ke Terusan Suez dan Laut Mediterranean.

Laluan air itu memainkan peranan penting dalam pengangkutan barangan, termasuk minyak, ke pasaran antarabangsa.

Pihak Houthi telah menggunakan bot dron yang sarat dengan bom yang boleh dipandu dari jauh untuk menyerang kapal di rantau tersebut.

Sumber: New York Post

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.