Beberapa kawasan di sekitar Kuantan, Pahang dilapor dinaiki banjir ekoran cuaca hujan yang berterusan sejak beberapa jam yang lalu.
Beberapa foto dan video keadaan banjir sempat dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh agensi berita Bernama dan beberapa sumber awam lain.
Menurut perkongsian ringkas Bernama, antara lokasi terjejas banjir di sekitar Kuantan termasuklah di pekan Sungai Lembing yang dinaiki air pagi tadi.



Sementara itu, seorang warganet bernama Anwar Ajid berkongsi beberapa keping foto dan rakaman video memaparkan keadaan Kuantan yang dinaiki air.
“Dek hujan lebat non stop sampai pagi ni (sekarang renyai), bandar Kuantan habis dilanda banjir. Mohon semua sahabat berhati-hati. Jaga nyawa jaga harta. Pastikan anak-anak tidak bermain air.
Paling teruk pengalaman aku redah banjir 2001 masa aku 21 tahun. Habis tenggelam rumah mak aku di Sungai Isap. Sempat juga aku selamatkan bayi dan ibunya dengan sampan masa menyelamat barang aku di rumah mak. Dek banjir habis semua koleksi komik Dragon Ball aku.
Hati-hati semua. Gelap lagi kat luar ni,” tulisnya di Facebook kira-kira dua jam yang lalu.





Selain itu, seorang warganet yang menggunakan nama akaun Facebook Cikgu Nida juga turut berkongsi beberapa keping foto situasi banjir di Kuantan.
Perkongsiannya pula merujuk kepada kejadian pokok-pokok yang tumbang di tepi jalan, dipercayai akibat fenomena banjir tersebut.
Hujan lebat yang turun sejak petang semalam masih belum reda. Sepanjang perjalanan nak ambik Ayden pagi ni memperlihatkan pemandangan yang menakutkan bagi saya.
Lebih 10 pokok tumbang sepanjang jalan yang dilalui, termasuk di tengah-tengah bandar. Kebanyakannya pokok besar dan tua yang sepatutnya diselenggara oleh pihak berwajib.
Beberapa kali kami terpaksa berpatah balik atau memilih laluan alternatif.
Ada yang menimpa kereta, ada yang merintangi jalan utama dengan batang lebih sepemeluk orang dewasa, ada yang serkah bertabur menghalang laluan.
Sebuah kereta tersasar ke pembahagi jalan. Longkang utama dilimpahi air. Jalan raya mula dilimpahi aliran banjir.
Hujan ini bukan saja anugerah alam yang terkadang ditafsir bencana, bahkan juga rezeki dan ujian Allah yang datang dari pelbagai cara.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moga kita dijauhi marabahaya dan dilindungi dari malapetaka.





Sumber: Bernama / Anwar Ajid / Cikgu Nida