Siakap Keli
Gambar: BAM

World Championship’21: Beregu Negara Jinakkan Juara Olimpik Tokyo, Berjaya Mara Ke Separuh Akhir

Pemain Beregu profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dalam pentas Kejohanan Dunia sebentar tadi.

Pasangan negara itu telah melunaskan dendam ke atas pasangan dari Taiwan yang menewaskan rakan senegara iaitu Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei pada peringkat sebelumnya.

Ee Yi dan Yew Sin telah berjaya menjinakkan juara Olimpik Tokyo itu dengan keputusan 12-21, 21-17 dan 21-15.

Hasil daripada kemenangan tersebut, pasangan negara akan turun ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Dunia yang diadakan di Huelva, Sepanyol itu.

Sumber: BAM

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.