Terkini, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi 42 kerusi.
Ia sekaligus memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh Bernama setakat jam 6.30 petang tadi, GPS antaranya menang di Belaga, Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala Rajang, Murum, Tellian dan Tebedu.
Maklumat lanjut akan menyusul.
(Tidak Rasmi) #PRNSarawak :
GPS menang 42 kerusi, majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri, setakat 7.35 malam
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 18, 2021
Sumber: Bernama