Tular di media sosial berkenaan hasrat seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jantung terbalik atau Mitral Valve Atresia untuk menjejakkan kakinya ke taman tema Legoland sebelum akhir hayatnya baru-baru ini.
Menurut portal Kosmo, Mohd Adam Amsyar, 9, telah meluahkan hasratnya itu ketika ditemui pemberita di rumahnya yang terletak di Kampung Parit Haji Ahmad, Sanglang, Johor pada semalam.
Walau bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak itu, Abd. Rahman Ahmad, 47, terpaksa memendam hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.
Namun begitu, hasrat kanak-kanak lelaki itu bakal menjadi realiti apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk menaja hajat kanak-kanak tersebut bersama dengan ahli keluarganya untuk ke taman tema Legoland.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri melalui akaun Twitter rasmi miliknya.
“Alhamdulillah jumpa nanti adik Adam,” tulis Tunku Ismail.
Alhamdulillah🤲🏻. Jumpa nanti adik Adam. Salam pic.twitter.com/xet6TAMbzn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 17, 2021
Rata-rata warganet yang melihat ciapan dimuat naik oleh TMJ itu berasa terharu dengan budi baik dan segala kebaikan yang dilakukan oleh TMJ ke atas kanak-kanak tersebut serta keluarganya.
Sumber: Kosmo!/@HRHJohorII