Siakap Keli
Gambar: Bernama

UNESCO Senaraikan Gamelan Indonesia Sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara

JAKARTA, 17 Dis (Bernama) — UNESCO telah menyenaraikan muzik gamelan, genderang dan peralatan  muzik tradisonal gamelan Indonesia ke dalam senarai warisan budaya tidak ketaranya.

Kerajaan Indonesia menghantar inskripsi gamelan pada 2019 dan kini ia diangkat menjadi warisan budaya ke-12 negara yang diiktiraf oleh agensi itu.

“Saya dengan bangga mengalu-alukan inskripsi ini. Gamelan sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat di pelbagai wilayah di Indonesia,” tulis Presiden Joko Widodo dalam akaun Instagramnya.

Presiden berkata gamelan akan terus dikaji, dikembang dan diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ia memberi inspirasi dan mempengaruhi muzik dunia.

Menurut UNESCO, alat muzik gamelan termasuklah gambang, gong, penukul, gendang, simbal, alat bertali, dan seruling buluh.

Muzik ini dimainkan oleh lelaki, wanita dan kanak-kanak dari semua peringkat umur, dan biasanya digunakan dalam upacara keagamaan dan acara awam.

“Gamelan adalah sebahagian daripada identiti Indonesia sejak berabad-abad lalu,” kata UNESCO, sambil menambah diperturunkan dalam konteks formal di peringkat rendah hingga pengajian tinggi dan dalam konteks tidak formal seperti dalam keluarga dan semasa bengkel.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.