Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan di lapan buah negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan Terengganu dan Pahang.
Hal ini kerana keadaan cuaca di negeri berikut dijangkakan bertambah baik.
Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat cuaca terkini boleh dapatkan melalui laman web rasmi Jabatan di https://www.met.gov.my/ atau talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
#hujanlebatmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/gCNFWyISbN
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 19, 2021
Sumber: MetMalaysia