Ekoran berita mengenai banjir melanda negara, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM 200 juta bagi menangani impak banjir dan pengaktifan rangkaian bencana GLC/GLI.
Menerusi ciapan Bernama, Kementerian kewangan menyegerakan penyaluran RM50 juta kepada NADMA/ Kumpulan Wang Amanah Bantuan bencana Negara (KWABBN) bagi membanti isi rumah yang terjejas.
Susulan daripada itu, kerajaan telah menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan kepada RM1,000 dari RM500 bagi setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir atau terkesan bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan bencana Pusat.
Peruntukan awal sebanyak RM100 juta akan disalurkan sebagai persedian kepada usaha pemulihan pascabanjir.
👉Kerajaan naikkan kadar Bantuan Wang Ihsan kepada RM1,000 (dari RM500) bagi setiap isi rumah terjejas banjir atau terkesan bencana lain yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat
👉Peruntukan awal RM100 juta bagi persediaan usaha pemulihan pascabanjir pic.twitter.com/0Jb7iPmaEa
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2021
Sumber : Bernama