Siakap Keli
Kredit : Bernama TV/ Izzul Ahmad via Bernama

Taburan Hujan Tinggi Di Beberapa Negeri, Ini 13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Penduduk Setempat Perlu Tahu

Berikutan berita mengenai cuaca Monsun Timur Laut yang melanda negara, sudah banyak kawasan di beberapa buah negeri mula menerima taburan hujan yang tinggi.

Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam banjir yang dapat menjejaskan kawasan dan merisikokan keselamatan penduduk. Bukan itu sahaja, turut dilaporkan beberapa kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan berterusan.

Sudah pastinya keadaan tersebut akan menimbulkan kerisauan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berbukit atau bercerun supaya dapat membuat persediaan awal sekiranya ia berlaku.

Jadi, apakah yang perlu anda diketahui sekiranya bencana alam ini berlaku berdekatan di kawasan tempat tinggal mereka?

Menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat 13 tanda-tanda awal berkemungkinan akan berlakunya bencana geologi tanah runtuh terutamanya di kawasan bercerun.

Antaranya ialah :

  1. Permukaan membonjol di kawasan cerun
  2. Retakan muncul di kawasan cerun
  3. Berlaku resapan air
  4. Genangan air di bahagian hujung cerun
  5. Longkang rosak dan tersumbat
  6. Serpihan batu dan tanah di atas ‘berm’
  7. Lubang tangisan air terhalang
  8. Retakan muncul di kawasan tanah, bangunan dan struktur lain
  9. Berlakunya pergerakan jisim
  10. Boleh menyebabkan pagar, tembok penahan, tiang utiliti atau pokok condong atau bergerak
  11. Batu tergantung lepas di atas batu kapur
  12. Berlakunya hakisan parit
  13. Kawasan berturap seperti jalan perlahan-lahan akan berkembang dan retakan muncul di tanah

Oleh itu, orang ramai diminta berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah penjagaan awal sekiranya berlaku di kawasan berdekatan anda.

Sumber : JMG Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.