Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini.
Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup sementara 333 pencawang elektrik di negeri-negeri terjejas. Menurut laporan Bernama, TNB mengambil langkah berkenaan atas faktor keselamatan ekoran bencana banjir yang berlaku.
Penutupan sementara itu melibatkan tujuh buah pencawang di negeri Kelantan, 10 pencawang di Melaka, 17 pencawang di Negeri Sembilan dan 45 pencawang di Kuala Lumpur. Manakala ratusan pencawang terpaksa ditutup sementara waktu di negeri Pahang dan Selangor atas faktor keselamatan, masing-masing berjumlah 137 dan 117 pencawang.
Sumber: Bernama