Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Banjir Cecah Paras Pinggang, Keadaan Terkini Di Seksyen 22 Shah Alam, Jalan Utama Ke Bandar Mahkota Cheras Dari CKE Ditutup

Shah Alam boleh dikatakan ‘lumpuh’ ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri Selangor itu dengan beberapa kawasan sudah dinaiki air.

Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir termasuk Shah Alam.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Twitter Bernama, dapat dilihat kawasan banjir di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22 Shah Alam, sudah mencecah paras pinggang orang dewasa pada sekitar jam 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, jalan utama masuk ke Bandar Mahkota Cheras dari Lebuhraya Cherang Kajang (CKE) turut ditutup berikutan banjir dan air deras sejak awal pagi tadi.

 

Sumber: FB BERNAMA

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.