Pilu, menyayat hati. Itulah boleh digambarkan menerusi satu foto yang dikongsikan di media sosial memaparkan seorang petugas kesihatan sedang memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam pada Jumaat lepas.
Menurut perkongsian Bernama, kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga. Majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam telah selesai pada jam 1.30 petang tadi.
Pilu…
Seorang petugas kesihatan kelihatan memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam, Jumaat lepas.
📸 Azlee Nor Mahmud pic.twitter.com/IOGggxdQqh
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 19, 2021
Terdahulu, dilaporkan berlakunya kemalangan maut yang melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE yang menghala ke Shah Alam jumaat lalu.
Menurut laporan, 10 individu termasuk lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta seorang lelaki dan perempuan dewasa turut terkorban dalam nahas tersebut.
Sumber : Bernama