Setakat ini, jumlah mangsa terkorban di Selangor dicatat pada sembilan orang. Terdahulu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad mengesahkan tiga mangsa ditemui lemas dan seorang ditemui meninggal dunia di ruang atas rumah.