Siakap Keli
Kredit : Bernama

“Cuci Bilik Tidur Dahulu,” Khairulaming Kongsikan Tips Pasca Banjir Perlu Tahu

Musim-musim banjir ni memang tak dinafikan akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa. Lagi-lagi lepas banjir sudah surut. Dengan lantai yang basah, perabot rumah kembang dan rosak, perkakas rumah sudah tak boleh guna lagi, memang penat nak kemaskan. Basah ketiak nak buat semua ni.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai lagi masih keliru nak mengemas dan mencuci dari mana dahulu.

Jadi, menerusi perkongsian dari ciapan Khairul Aming, anda boleh ikuti cara efektif membersihkan rumah pasca banjir.

  1.  Cuci bilik tidur dahulu. Anda memerlukan ruang yang bersih dan selesa untuk tidur dan rehat sebab proses mengemas akan mengambil masa seminggu.
  2. Jangan hidupkan alatan elektronik yang dah tenggelam walaupun sudah kering.
  3. Cuci barang-barang yang ada fabrik dahulu seperti karpet, sejadah, pakaian sebelum menjadi keras akibat terkena lumpur. Barang-barang seperti pinggan, mangkuk, tupperware tu buat time akhir nanti.
  4. Kalau ada tilam yang memang dah berbau dan tidak boleh pakai, letak dahulu di depan rumah. Jangan bakar tilam itu, nanti asap hitam busuk keluar nanti.
  5. Keluarkan sampah dari parti depan rumah supaya air cucian boleh mula mengalir.
  6. Jika cat dinding sudah rosak, boleh guna cat minyak. Sekiranya banjir lagi, InsyaAllah tak melekat kesan banjir pada dinding.
  7. Kebiasaannya, selepas banjir memang akan ada bau bangkai dan debu. Jadi, nak tak nak anda kena tunggu hujan untuk cairkan debu-debu yang melekat itu.
  8. bagi barang seperti elektronik, kereta atau motor, anda boleh baca tips di bawah.

Sumber : Khairul Aming

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.