Siakap Keli
Foto : Prolintas

Laluan LKSA Kini Dibuka Semula Kepada Pengguna

Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB) syarikat pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) telah membuka semula  laluan nya di kilometer 4.1 bagi kedua-dua arah kepada pengguna lebuh raya bermula  jam 5:30 pagi tadi setelah ditutup akibat kejadian banjir kilat yang turut menjejaskan  beberapa kawasan di sekitar Shah Alam. 

Walaubagaimanapun laluan di susur masuk dari bulatan Jubli Perak menghala ke Seksyen 23, Uptown Shah Alam dan susur masuk ke laluan utama menuju Kota  Kemuning masih lagi ditutup dan hanya akan dibuka semula setelah kerja-kerja  pembersihan jalan selesai dilakukan dan selamat untuk laluan semua jenis kenderaan. 

Pihak LKSA juga telah menempatkan pasukan RONDA bagi membantu memastikan  aliran trafik berjalan lancar dan pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda  amaran dan arahan pihak berkuasa yang berada di kawasan yang terlibat.  

LKSA akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai status trafik dari masa ke  semasa menerusi sistem mesej digital Variable Messaging System (VMS), platform media  sosial Twitter LKSA @LKSAtrafik dan Facebook PROLINTAS Highways atau hubungi talian bebas tol di 1 3008 8280 1 untuk mendapatkan maklumat terkini. 

Siti Fatimah