Siakap Keli
Gambar hiasan

MET Malaysia Nafi Penularan Maklumat Cuaca ‘Kepala Ribut’ Yang Tular Di Media Sosial

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu hantaran di akaun rasmi Twitter sebentar tadi menafikan maklumat cuaca berkenaan “kepala ribut” yang tular di pelbagai platform media sosial, baru-baru ini.

MET Malaysia menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu serta tidak sahih itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru itu, orang ramai diingatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan ramalan mahupun amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan juga aplikasi myCuaca.

Sumber: MetMalaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.