Siakap Keli
Kredit : Bernama

Plaza Tol & Persimpangan Bertingkat Shah Alam Dibuka Semula Kepada Laluan Trafik

Plaza Tol dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pelanggan lebuh raya.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan PLUS Malaysia, kerja-kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan akan segera dijalankan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, laluan yang terjejad akan dibuka secara berperingkat.

Orang ramai dinasihatkan agar para pelanggan untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada beberapa bahagan jalan yang masih ditakungi air banjir.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar membuat semakan status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai trafik, anda boleh melayari laman web PLUS, www.plus.com.my dan platform media sosial rasmi Facebook PLUS Malaysia dan Twitter PLUS Trafik serta PLUS App.

Sumber : PLUS Malaysia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.