Siakap Keli
Gambar: LPT

Senarai Terkini Laluan Di Lebuhraya KL-Karak & LPT 1 Yang Masih Terhalang Banjir

Seperti yang kita tahu, beberapa negeri di Semenanjung Malaysia kini masih dilanda bencana banjir sehingga beberapa laluan terpaksa ditutup.

Setakat kemaskini di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jam 8 malam tadi, lebih 10 laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1 masih terhalang akibat banjir. Laluan di LPT 1 yang terlibat banjir semua lorong dan ditutup dari kedua-dua arah termasuk:

1. KM 84.6 (Lanchang – Karak)

2. KM 112.2 (Lanchang-Temerloh)

3. KM 113 (Lanchang – Temerloh)

4. KM 114.8 (Lanchang – Temerloh)

5. KM 116.1 (Lanchang-Temerloh)

Menurut kemaskini LPT, Laluan Karak-Temerloh kini masih ditutup kedua-dua hala dari KM76 hingga KM126. Orang ramai diminta berjaga-jaga 10 meter dari jalan di lokasi KM124 (Temerloh).

Sementara itu, lima laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terhalang akibat beberapa faktor termasuk mendapan, banjir lumpur dan aliran serpihan. Laluan-laluan yang terlibat di Lebuhraya KLK (E8) adalah:

1. KM74.9 (menghala ke KL) Karak

  • Banjir surut. Berlaku sinkhole di lorong kiri.
2. KM74.4 (hala KL) Karak
  • Banjir lumpur. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
3. KM71 (kedua-dua hala) Bentong
  • Banjir. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
4. KM69.5 (hala KL) Bentong
  • Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.
5. KM67.8 (hala KL) Bentong
  • Aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Oleh itu, pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati dan peka ketika menggunakan laluan-laluan terlibat. Orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif jika boleh atau menangguhkan dahulu perjalanan ke kawasan-kawasan terjejas banjir.

Sumber: LPT

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.