Sebuah video merakamkan situasi di mana seorang pesakit wanita yang terlantar di hospital akibat dijangkiti virus corona, lapor suara.com.
Video yang dimuat naik berkongsikan mengenai pemandangan dari dalam peti COVID, iaitu tempat dia berbaring. Detik itu dikongskan sendiri oleh pemilik akaun TikTok safilamarina sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta.
“Saya tidak mahu gusti lagi. TBL TBL TBL (takut banget loch),” tulis wanita itu.
Menerusi video tersebut, wanita itu berada di dalam peti lutsinar. Apa yang lebih mengejutkan bentuk peti itu seperti keranda.
Memetik daripada laporan suara.com, wanita itu terpaksa duduk dalam ‘keranda’ itu kerana ingin di bawa ke makmal untuk pemeriksaan X-ray. Sedangkan pada mulanya, dia memang berada di dalam ruangan pengasingan untuk pesakit COVID-19.
“Dari bilik pesakit ke makmal X-ray, pesakit akan dibawa dengan menggunakan keranda COVID,” jelasnya lagi.
Pemindahan pesakit juga dimaklumkan dengan menggunakan peti itu supaya pesakit tidak dapat menularkan virus kepada orang ramai semasa pemindahan berlaku.
Dalam video tersebut, bentuk katil itu sendiri menyerupai sebuah keranda tetapu berwarna lutsinar. Semua plastik yang menutupi ‘keranda’ itu diikat pada besi yang telah dipasang di atas katil.
Kata wanita itu, dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemas kerana semua keranda akan ditutup rapat.
Cara pemindahan pesakit itu sendiri sangat mengagumkan sehingga dapat menakutkan pesakit. Dia juga berharap perkara itu tidak akan berlaku lagi.
@safilamarina Gamau lagi ya Allah😭🤲🏻
Video yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian warganet. Rata-ratanya berasa takut dan ada yang berkongsikan pengalaman mereka.



Sumber : suara.com