Siakap Keli
Gambar: Mohd Razak Razali

Guna Baldi, Plastik & Paip, Abang Ni Kongsi Teknik Mudah Nak Buang Air Bertakung Dalam Rumah

Cuaca buruk yang melanda negara baru-baru ini telah menyebabkan beberapa kawasan menjadi banjir.

Banyak rumah-rumah yang terjejas akibat daripada ditenggelami air.

Untuk membersihkan rumah daripada lumpur serta air yang masih lagi bertakung di dalam rumah bukanlah suatu perkara yang mudah.

Namun begitu, dengan cara yang mudah dan betul, perkara itu pastinya dapat ditangani.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Razak Razali ada berkongsikan tentang tips untuk membuang air yang bertakung di rumah dengan cara yang lebih mudah.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.

Bahan-bahannya:

-Baldi yang di tebuk lubang pada lantainya, ikut saiz paip.

-Getah paip atau poli pipe.

-Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.

-Kerusi 2

Caranya:

-Masukkan hujung paip dari bawah baldi. Terus masukkan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.

-Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.

-Kemudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yang duduk dalam baldi tadi. Tadaaa, air ikut getah terus keluar, tak perlu angkut keluar.

-Pastikan terus kocak air dalam rumah supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air.

-Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.

Tengok gambar boleh faham. Semoga di permudahkan.

Nota.

Kerana ada ramai yang tidak faham saya lakarkan grafik semoga boleh faham.

Sumber: Mohd Razak Razali

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.