Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Sebanyak 17 Mayat Ditemukan Di Kawasan Banjir Di Selangor – Menteri

Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa setakat jam 8 pagi tadi, seramai 17 kematian telah dicatatkan di negeri Selangor.

Menurutnya, terdapat 10 mangsa yang ditemukan di Klang, 3 lagi di Hulu Langat manakala emat lagi di daerah Sepang.

Jelas beliau, pihaknya sedang mengenal pasti punca kematian kesemua mangsa.

“Daripada ketujuh belas mangsa, kita sedang mengenal pasti punca kematian.

“Ada disebabkan kematian yang bukanlah disebabkan oleh kejadian banjir, mungkin kejadian yang disebabkan meninggal kerana kekurangan ubat dan sebagainya, itu akan diputuskan atau pun akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA/Media Selangor

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.