Siakap Keli
Gambar via Bernama

Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Serbaneka, Polis Sahkan Kejadian Berlaku Di Taman Sri Muda

Baru-baru ini, sempat tular video menunjukkan sekumpulan individu, dipercayai mangsa terkandas banjir bertindak memecah masuk kedai serbaneka.

Menurut laporan Bernama, pihak polis mengesahkan bahawa berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang kini sedang mengalami banjir teruk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 1 petang ke 2 petang, antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7Eleven dan pasar raya Gmart.

Jelas Baharudin, keadaan buat masa ini terkawal dan elemen cegah jenayah digerakkan dengan bantuan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan tiada lagi kejadian pecah masuk ke kedai berlaku di kawasan tersebut.

Taman Sri Muda antara salah satu lokaliti paling teruk terjejas dalam insiden banjir di Lembah Klang. Malah dikhabarkan masih ramai mangsa yang terkandas di sana menunggu bantuan.

Sumber: Bernama

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.