Bencana banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia memberikan tempias yang besar kepada seluruh masyarakat di negara ini. Pelbagai kerosakan, nyawa terkorban dan beberapa buah rumah yang telah roboh disebabkan oleh bencana tersebut.
Bencana banjir yang berlaku turut “mengaruskan” banyak hidupan liar termasuklah hidupan laut yang berbahaya untuk merayau ke sana sini. Beberapa penduduk merasakan bahawa bencana banjir ini turut membantu mereka untuk mudah mendapatkan ikan ataupun hidupan laut yang terlepas daripada sungai, parit mahupun kolam yang telah dibuat.
Terbaharu, terdapat dua buah video yang dikongsi di Tiktok @utusanonline atau Utusan Malaysia yang menunjukkan beberapa penduduk telah menjumpai seekor ikan Arapaima yang besar. Ikan tersebut telah dijumpai ketika penduduk di Kampung Tengah, Batu 13 sedang mengalami bencana banjir.
Video tersebut telah menunjukkan seorang penduduk lelaki merakam seekor ikan yang ditangkap menggunakan jaring di kampung tersebut. Orang ramai berkerumun di tepi longkang untuk menangkap ikan besar tersebut dan diletakkan di atas kawasan tanah rata.
Orang ramai terpaksa bekerjasama untuk mengangkat ikan gergasi itu kerana terlalu berat dan saiznya yang sangat besar. Ikan tersebut merupakan ikan Arapaima yang merupakan sejenis ikan air tawar berskala besar dari Sungai Amazon yang berwarna merah putih.
Mari sama-sama kita melihat “keajaiban dunia” yang telah dirakam oleh penduduk tersebut.
@utusanonline Jumpa Arapaima ketika banjir di Kg tengah, batu 13, puchong.#rezekibanjir #arapaima #banjirpuchong #banjir #viralnewsmalaysia #fyp
@utusanonline Reply to @nizam4114 Arapaima full video untuk semua.. #banjir #puchong #arapaima #selangor
Sumber: Tiktok Utusan Malaysia