Siakap Keli
Gambar: Dr Zul

“Amat Bersih & Kemas”, Dr Zul Penuhi Lawat Gurdwara, Puji Cara Penyediaan Makanan Untuk Mangsa Banjir

Tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama, rakyat Malaysia menggembleng tenaga untuk sama-sama membantu mangsa banjir kali ini. Bukan sahaja sukarelawan NGO, malah jawatankuasa rumah ibadat turut sama turun padang menyediakan keperluan buat mangsa terlibat.

Daripada masjid hinggalah gurdwara, penganut agama masing-masing menyumbang wang dan keringat bagi menghulurkan bantuan. Malah, Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga bekas Menteri Hal Ehwal agama hari ini sempat menziarahi sebuah gurdwara yang menyediakan makanan halal buat mangsa banjir.

Lawatan tersebut adalah bagi memenuhi jemputan Presiden Gurdwara Sahib PJ, En. Awatar Singh Terry bagi melihat proses penyediaan juadah buat mangsa banjir di sana.

Jelasnya, adalah dibolehkan bagi seorang penganut Islam untuk memakan makanan daripada golongan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.

Beliau juga menzahirkan kekaguman terhadap pengurusan sistem agihan digunapakai jawatankuasa terlibat dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang disifatkan sebagai tersusun dan profesional.

“Saya amat kagum melihat pengurusan sistem agihan bantuan yang melibatkan pelbagai agama dan bangsa. Semuanya tersusun dan lengkap dengan dokumentasi. Ini amat penting bagi menjamin integriti dan profesionalisme.

“Sesungguhnya saya amat terharu dengan kerjasama tanpa rasa sebarang penat lelah semata-mata menzahirkan semangat membantu yang amat luar biasa,” ujarnya.

Sumber: Dr Zulkifli

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.