Siakap Keli
Gambar: Kompas.com

Badan Pekerja Syarikat Air Minuman Ditemui Hancur, Disedut Masuk Mesin Air

Seorang pekerja mesin pam air Perusahaan Daerah Air Minuman (PDAM) Tirta Musi, Palembang, Sumatera Selatan, maut selepas disedut mesin pam air di tebing Sungai Ogan.

Ayah mangsa, Bahusin, 53, mengatakan kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang mesin pam air milik PDAM di lokasi kejadian.

Ketika kejadian berlaku mangsa sedang menggunakan pemampat oksigen sebelum alat itu terputus yang menyebabkan dia tersedut ke dalam mesin.

Bahusin yang ketika itu bimbang akan keselamatan anaknya terus menyelam dan terkejut apabila dia mendapati anaknya sudah tiada dan sebahagian tubuhnya sudah berkecai.

Bahusin kemudianna naik ke permukaan untuk meminta bantuan daripada pekerja yang lain untuk mencari bahagian lain badan anaknya yang berkecai.

“Saya bimbangkan keselamatannya, jadi saya terus menyelam untuk mencari anak saya. Tetapi ketika dicari keadaannya sudah teruk berkecai dan dia pun sudah tiada,” kata Bahusin ketika berada di kediamannya.

Sumber: Kompas.com

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.