Siakap Keli
Gambar Via Mohd Mustaqim

“Dapat RM60K Untuk Perabot Saja,” Penting Langgan Insurans Bencana Alam Untuk Rumah, Lelaki Ini Kongsi Cara Nak ‘Claim’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ekoran banjir yang melanda di beberapa negeri baru-baru ini, pastinya ramai penduduk yang bimbang mengenai keadaan rumah mereka. Manakan tidak, banjir besar yang berlaku itu menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk pada perabot dan struktur rumah. Proses untuk membersihkan rumah juga pastinya akan memakan masa.

Lebih memilukan, ada yang terpaksa menerima hakikat bahawa kediaman yang diduduki selama ini musnah dalam sekelip mata saja.

Bercakap mengenainya, tahukah anda bahawa anda juga sebenarnya boleh membuat tuntutan insurans untuk rumah yang terlibat dalam bencana alam termasuk banjir. Selama ini mungkin kita hanya tahu mengenai insurans untuk diri sahaja tetapi insurans rumah juga sememangnya amat penting dan perlu dilanggan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Menerusi perkongsian Mohd Mustaqim mengenai insurans bencana alam untuk rumah ini, ia melindungi dua perkara penting iaitu bangunan rumah dan harta benda yang ada di dalam rumah.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insurans itu dan cara untuk membuat tuntutan.

Insurans bencana alam untuk rumah.

Arini aku cuba share sikit pengalaman insurans rumah untuk bencana alam. Pada tahun 2014, banjir besar melanda Kelantan. Rumah mak aku salah satu mangsa kejadian. Rumah tinggal bumbung. Barang kat dalam rumah memang total lost abis (rujuk gambar). Tapi Alhamdulillah nasib baik mak aku ada amek insurans khas untuk cover bencana alam macam banjir. So fully covered. Dalam masa less than 2 minggu duit masuk dalam acc. Dapat lebih kurang dekat RM60k kot untuk perabot sahaja. So memang lega la. Yang tak lega penat nak kemas.

Ok now aku share apa patut korang tau time nak apply.

Gambar Via Mohd Mustaqim

Aku sudah apply insurans khas bencana alam, kebakaran, dan juga kena pecah rumah untuk rumah aku. So kalau jadi apa-apa memang Insyallah fully covered. Bila korang apply, akan ada dua benda korang kena take note iaitu :

1-Coverage untuk building. Rujuk gambar ke 4

Ini coverage khas untuk bangunan rumah korang. Bukan isi rumah ye. Contoh, rumah aku letak coverage 400k. So rumah korang runtuh ke, rosak ke, pecah ke, disebabkan banjir, maximum insurans akan bayar ialah 400k. Paham kan?

Gambar Via Mohd Mustaqim

 

Gambar Via Mohd Mustaqim

2-Coverage untuk ON HOUSEHOLD GOOD

Ini pula coverage untuk benda-benda di dalam rumah, contoh perabot, alatan elektronik, atau apa sahaja YANG BERADA DI DALAM RUMAH. Ok ni yang menarik, contohnya aku ada basikal, sekiranya kena curi, or terbakar or watsoever, basikal tu ada dalam rumah, akan termasuk dalam coverage. Power kan? So untuk yang ni aku insured RM100k.

Cara nak claim

Mudah je, contact agent, nanti diorang akan suruh amek gambar semua tempat yang terjejas. Kalau macam haritu agent memang dekat rumah, dia datang dan amek sendri gambar. Kemudian tunggu je. Tak perlu report polis. Tak sampai 2 minggu duit masuk.

*apapun rujuk semula dengan agent masing-masing. Mungkin berbeza mengikut company.

Insurans ni korang kena renew secara TAHUNAN (bermaksud bayar sekali setahun je). So benda ni aku rasa memang sangat galakkan korang ambil selain medical card dan juga hibah. At least dapat ringankan beban kita kalau jadi pape. Aku dah  kena sekali. Sebab tu aku memang ambil berat benda-benda macam ni.

Begitulah perkongsian yang dibuat oleh saudara Mohd Mustaqim, semoga bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

Ambil perkongsian ini sebagai persediaan awal sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku di masa akan datang.

Sumber: Mohd Mustaqim

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.