Siakap Keli

KPT Mengalu-alukan IPTA Untuk Menangguhkan Sesi PdP Akibat Bencana Banjir

PUTRAJAYA: Keputusan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sebarang aktiviti sepanjang tempoh bencana banjir ini telah dialu-alukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPT hari ini memberitahu bahawa antara IPTA yang ingin menangguhkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Tambahnya lagi universiti lain yang terlibat juga ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“KPT menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga IPTA yang terkesan dengan musibah yang berlaku. Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban dan memudahkan urusan serta melancarkan proses pemulihan pasca banjir ini,” katanya.

Jelasnya, KPT juga menyarankan  IPT lain yang terkesan akibat bencana ini untuk turut mengambil pendekatan yang sama bagi meringankan beban pelajar yang terlibat agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Sumber: Utusan Melayu

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.