Siakap Keli
Kredit: Bernama

MetMalaysia: Rompin, Segamat, Kluang & Muar Antara Kawasan Dijangka Dilanda Ribut Petir, Hujan Lebat Sehingga 1 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Sabah sehingga jam 1 petang ini.

Menurut badan itu, amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam itu dikeluarkan jika wujud tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi satu jam atau 20mm/jam.

Kawasan yang dijangka terlibat ialah Rompin (Pahang), Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor serta Tawau dan Sandakan di Sabah.

Sumber: MetMalaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.