Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ingin mempercepatkan saluran bantuan kewangan RM1,000 kepada keluarga mangsa banjir, lapor Bernama TV.
Menurut portal itu, nama-nama mangsa banjir perlu dikumpul mengikut daerah yang terlibat banjir masing-masing.
“Saya dah umum semalam, kerajaan sediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pembaikan. Membaikpulih infrastruktur termasuk rumah.
“Dalam masa sama, kita bersetuju salurkan RM1,000 setiap keluarga terkesan akibat banjir. Nama-nama itu perlu dihantar negeri dan daerah berkaitan.
“Saya nak percepatkan supaya pembayaran tak perlu lama,” katanya semasa mesyuarat khas bersama menteri besar negeri-negeri yang terlibat banjir baru-baru ini.
#ICYMI #BuletinBernama: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail sabri Yaakob mahu pembayaran bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap keluarga terjejas banjir dipercepatkan.https://t.co/Q2nZovYcpx
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 22, 2021
Sumber: Bernama TV