Siakap Keli
Gambar Via Google

Ramai Tak Tahu, Ini Maksud ‘Lekukan Tropika’, Sama Macam Taufan Ke? Ini Penjelasannya

Sejak beberapa hari yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk termasuk mengenai pergerakan Lekukan Topika yang menyebabkan hujan lebat berterusan di negara ini. Memetik laporan yang diterbitkan semalam, Lekukan Tropika itu sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.

Impaknya, negeri-negeri di utara diramal akan dilanda hujan yang berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Pun begitu, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai terma Lekukan Tropika yang digunakan oleh MetMalaysia itu termasuk persoalan mengenai bagaimana ia berlaku dan apakah proses yang terlibat di dalamnya.

Untuk pengetahuan anda, Lekukan Tropika telah dikelaskan dalam Siklon Tropika bersama gangguan tropika, ribut tropika dan taufan. Sebelum melihat lebih lanjut mengenai Lekukan Tropika ini, anda juga perlu mengetahui mengenai mengenai Siklon Tropika terlebih dahulu.

Siklon Tropika

Siklon tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di kawasan perairan tropika. Apabila dilihat melalui satelit, ia kelihatan seperti satu sistem gegelung yang kuat dan ketat dengan kelompok awan yang melingkar ke luar.

Dalam erti kata lain, ia merupakan seperti enjin yang memerlukan udara yang panas dan lembap sebagai bahan api. Jadi, bahan pertama yang diperlukan oleh Siklon Tropika ialah air laut yang hangat. Disebabkan itu, ia hanya terbentuk di kawasan tropika dengan lautan sekurang-kurangnya 26 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya 50 meter teratas di bawah permukaan laut.

Bahan kedua untuk siklon tropika ialah angin. Dalam kes taufan yang terbentuk di Lautan Atlantik, angin bertiup ke arah barat merentasi Atlantik dari Afrika menyediakan bahan yang diperlukan. Apabila angin melintasi permukaan lautan, air menyejat (bertukar menjadi wap air) dan naik. Apabila ia meningkat, wap air menyejuk, dan terpeluwap kembali menjadi titisan air yang besar, membentuk awan kumulonimbus yang besar.

Lekukan Tropika

Merupakan satu sistem yang terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum berterusan iaitu 61 kmsj atau kurang. Ia juga kadangkala dirujuk sebagai gelombang, ciri atau sistem tropika yang membawa sejumlah besar hujan, ribut petir dan banjir yang memusnahkan walaupun ia tidak sekuat ribut tropika atau taufan.

Ia berlaku apabila ribut petir semakin tinggi dan lebih besar, udara di bahagian atas lajur awan menyejuk dan menjadi tidak stabil dan apabila tenaga haba dibebaskan daripada wap air yang menyejukkan, udara di bahagian atas awan menjadi lebih panas, menjadikan tekanan udara lebih tinggi dan menyebabkan angin bergerak keluar dari kawasan tekanan tinggi.

Pergerakan dan pemanasan ini menyebabkan tekanan pada permukaan menurun. Kemudian udara di permukaan bergerak ke arah kawasan tekanan rendah, naik, dan mencipta lebih banyak ribut petir. Angin dalam lajur awan ribut juga berputar lebih cepat dan lebih pantas dan dalam gerakan membulat.

Tiga peringkat lain dalam Siklon Tropika

Gangguan Tropika

Gangguan tropika berlaku apabila wap air dari lautan panas terkondensasi membentuk awan, ia membebaskan habanya ke udara. Setelah itu udara yang dipanaskan naik dan ditarik ke dalam lajur awan sehingga menyebabkan proses penyejatan dan pemeluwapan berlaku secara berterusan, membina lajur awan lebih tinggi dan lebih besar.

Ketika itu corak berkembang, dengan angin beredar di sekitar pusat (seperti air mengalir ke longkang) dan apabila lajur udara yang bergerak menemui lebih banyak awan, ia menjadi gugusan awan ribut petir, yang dipanggil gangguan tropika.

Ribut tropika

Apabila kelajuan angin mencapai 39 kmsj, lekukan tropika seterusnya akan menjadi ribut tropika yang memperlihatkan angin bertiup lebih laju dan mula berpusing di sekeliling mata atau pusat tenang. Arah angin adalah mengikut lawan jam (barat ke timur) di hemisfera utara dan mengikut arah jam (timur ke barat) di hemisfera selatan. Fenomena ini dikenali sebagai kesan Coriolis.

Taufan 

Fenomena taufan yang juga dikenali sebagai ribut berlaku apabila kelajuan angin mencapai 74 kmsj. Ribut itu sekurang-kurangnya 50,000 kaki tinggi dan sekitar 125 batu dengan mata angin adalah sekitar 5 hingga 30 batu lebar.

Angin perdagangan (yang bertiup dari timur ke barat) menolak taufan ke arah barat iaitu Caribbean, Teluk Mexico, atau pantai tenggara AS.

Kesannya, angin dan tekanan udara rendah juga menyebabkan timbunan besar air laut menimbun berhampiran mata taufan, yang boleh menyebabkan ribut raksasa apabila semua air ini sampai ke darat.

Pun begitu, taufan biasanya akan menjadi lemah apabila melanda di daratan, kerana ia tidak lagi ‘diberi makan’ oleh tenaga dari perairan laut yang hangat. Walau bagaimanapun, mereka sering bergerak jauh ke pedalaman, membawa banyak inci hujan dan menyebabkan banyak kerosakan angin sebelum mereka ‘mati sepenuhnya’.

Itulah serba sedikit mengenai Lekukan Tropika dan Siklon Tropika, semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.

Sumber: MetMalaysia, Polygon Group, Scijinks

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.