Siakap Keli

“Syukur Sangat Ada Diskaun, Baru Boleh Langsaikan Pinjaman Cepat” – Wanita Kongsi Cara Mudah Dapat Diskaun Untuk Bayar PTPTN

Semestinya ramai pelajar-pelajar lepasan institusi pendidikan tinggi yang ada di Malaysia ni tahu tentang kewujudan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kan. Yelah, sebab nak sambung belajar ni memang perlukan duit. Dengan adanya PTPTN ni lah pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan mampu untuk teruskan pelajaran hingga ke menara gading dan berjaya menempa nama. Tapi, lepas dah selesai belajar tu jangan lupa pula tanggungjawab kita sebagai peminjam untuk langsaikan pinjaman yang dibuat.

Walaupun banyak kemudahan yang dah diberikan oleh pihak PTPTN untuk langsaikan pinjaman ni, masih ada segelintir pihak yang tidak mampu untuk melangsaikannya dengan pantas atas sebab-sebab yang tak dapat diorang elakkan sendiri. Tapi, jangan risau sebabnya PTPTN ni juga amat terbuka dan prihatin dengan kesukaran yang ditanggung oleh peminjam PTPTN yang kurang berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka. Oleh sebab tu, diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun macam ni sebenarnya amat diperlukan oleh ramai pihak dan mereka semua amat bersyukur dan berterima kasih sebenarnya bila dapat pengumuman sebegini. Contohnya, seperti seorang wanita ni yang boleh menarik nafas lega apabila dia dapat tahu tentang insentif diskaun sebegini. Ikuti kisah wanita ni di bawah untuk korang tahu jugak macam mana nak dapatkan diskaun semasa korang membuat bayaran balik untuk pinjaman PTPTN korang tu.

Sejak mulanya PKP dalam Malaysia ni, ramai jugak sebenarnya golongan yang terkesan dalam hidup diorang. Tak kisah la dari aspek apa pun, secara sosialnya, mentalnya dan macam-macam lah lagi. Tapi, satu je yang paling susah sikit nak bangun balik ialah bila kita ni terkesan dari aspek kewangan. Aku pun salah satu individu yang sangat terganggu dalam aspek kewangan bila terpaksa duduk dalam rumah dan tak boleh keluar bekerja. Yelah, tanggungan pun banyak. Tak cukup sekadar simpanan aku tu. Bila dah terkesan dari aspek kewangan ni, aku risau betul bila terfikir balik pinjaman PTPTN aku ni. Aku tak nak lah sampai tertunggak pulak, jadi lagi sakit aku nanti nak bayar balik.

Tapi, aku rasa gembira dan tak risau sangat lah bila dapat tahu info kerajaan umumkan tepat pada tarikh 29 Oktober 2021 dulu yang pinjaman PTPTN ni akan dapat diskaun. Aku pun terus syukur sangat ada diskaun, baru boleh langsaikan pinjaman cepat. Aku ni kalau boleh memang nak cepat-cepat bayar habis semua pinjaman aku ni. Baru dapat hidup tenang sikit lepas tu sebab dah takde komitmen nak fikir lagi. Boleh aku fokus kat tempat lain pulak kan. Untuk korang yang tak tahu, diskaun PTPTN ni ada tiga kategori tau. Ada dapat diskaun 15 peratus, 12 peratus dan 10 peratus.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN untuk semua orang diberikan adalah melibatkan:

  • Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman,
  • Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran,
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (DirectDebit) mengikut jadual.

Semak Penyata Baki Pinjaman PTPTN Korang

  1. Layari laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/.
  2. Klik pada ikon ‘Bayaran Balik’.
  3. Klik pada ikon ‘Penyata Pinjaman Online’.
  4. Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Untuk dapatkan kata laluan sementara (login kali pertama), sila berhubung dengan pihak PTPTN.
  6. Semak semua penyata baki pinjaman PTPTN di satu tempat.

Daftar Potongan Direct Debit

  1. Buat permohonan di https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html.
  2. Klik pada ikon ‘Mohon Direct Debit Pinjaman’.
  3. Isikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pinjaman.
  4. Sila hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000 untuk mendapatkan Nombor Pinjaman.
  5. Klik pendaftaran untuk DirectDebit.
  6. Klik permohonan baru dan isikan maklumat yang diperlukan.
  7. Klik pengesahan maklumat akaun bank di PTPTN Online Payment Gateway.
  8. Terima resit pembayaran dan cetak Akaun Penerimaan Permohonan DirectDebit.

Daftar Potongan Gaji

 

  1. Buat permohonan potongan gaji di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
  2. Jadual Bayaran Balik (JBB) telah ditetapkan dan potongan gaji akan mengikut jadual tersebut.
  3. Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja.
  4. Sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.

Ramai je peminjam PTPTN dalam Malaysia ni sebenarnya rasa sangat gembira sebab dapat diskaun sebegini, sedikit sebanyak boleh membantu sangat-sangat diorang ni langsaikan pinjaman secepat mungkin. Selepas je diorang dapat tahu tentang diskaun, ada yang cepat-cepat nak terus bayar pinjaman diorang. Di bawah adalah antara contohnya.

Testimoni Pembayaran Awal Selepas PTPTN Umumkan Diskaun

Bukan tu sahaja tau korang. Apa yang bestnya, semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran melalui Direct Debit bukan sahaja mendapat diskaun sebanyak 10%, tapi korang juga sebenarnya berpeluang untuk menyertai kempen diorang yang bernama ‘Kempen Pay & Win with DD’ yang menawarkan hadiah sehingga RM50,000.00.

 

Nor Fakhry