Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Mangsa Banjir Diberi Moratorium Enam Bulan – PM

Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium kepada mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi selama enam bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang begitu terkesan kini.

Selain itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000.

“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana.

“Moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta bagi Perusahaaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022).

Dalam masa sama, BNM turut berusaha menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa.

“Kesemua inisiatif di atas ini adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang telah saya umumkan sebelum ini termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah, bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir,” tambahnya.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.