Siakap Keli

(Video) 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan, Ini Bagaimana Terowong SMART Berfungsi Dan Lencongkan Air Banjir

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) merupakan satu struktur jalan dan perparitan yang terletak di Kuala Lumpur. Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur serta mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak.

Tetapi tahukah anda bahawa terowong SMART ini juga berfungsi untuk menghalang banjir dari masuk ke bandaraya?

Secara asasnya, terowong ini mempunyai dua dek laluan sehala bagi kenderaan manakala ruang paling bawah adalah untuk laluan air. Terowong SMART ini direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan, iaitu 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut.

Terowong SMART ini berfungsi dengan 4 mod:

Mod pertama: 

Apabila tiada hujan lebat, ianya digunakan sebagai laluan trafik bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew Flyover serta sekitar Jalan Tun Razak.

Mod kedua: 

Jika hujan lebat yg sederhana, operasi Smart Tunnel sebagai laluan trafik masih diteruskan. Manakala, air limpahan di Bandaraya Kuala Lumpur disalurkan di saluran ketiga, iaitu bawah sekali untuk disalurkan ke kolam tadahan terlebih dahulu sebelum dialirkan ke Sungai Kerayong.

Mod ketiga: 

Apabila hujan lebat yang membawa banjir besar, SMART Tunnel ditutup kepada laluan trafik. Pintu air akan dibuka agar air memasuki saluran trafik di mana ketiga-tiga lapisan terowong itu digunakan untuk mengalirkan air.

Mod keempat:

Terowong untuk laluan trafik tersebut akan dibuka semula selepas 48 jam bagi tujuan membersihkan kekotoran, lumpur serta sampah-sarap. Terowong ini dibersihkan menggunakan kaedah pressure washing.

Bagi anda yang ingin mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang bagaimana SMART Tunnel ini berfungsi, anda boleh tonton video yang dikongsikan dan dimuat naik di Youtube Jabatan Pengairan dan Saliran ini.

Sumber: Youtube, SMART Tunnel 

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.