Siakap Keli
Gambar: @anthraxxx781

(Video) Cemas Dengan Jeritan Mangsa, Detik Bumbung Pusat Perlindungan Diterbangkan Taufan Odette Di Filipina

Satu rakaman video yang menakutkan membabitkan ribut taufan Odette yang membadai Filipina telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @anthraxxx781 itu memaparkan detik-detik ribut taufan Odette yang melanda negara Filipina meranapkan bumbung di sebuah pusat perlindungan.

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa bumbung di pusat perlindungan itu kelihatan sudah mula ampuh ketika ribut tersebut melintasi pusat perlindungan berkenaan.

Dapat juga didengari di dalam video itu, angin kencang yang bertiupan daripada luar pusat perlindungan tersebut.

Tidak lama kemudian, ribut taufan itu bumbung yang melindungi pusat perlindungan tersebut dilihat mulai roboh akibat tiupan angin kencang yang dibawa oleh angin itu.

Orang ramai yang berada di pusat perlindungan itu dapat didengari menjerit ketakutan sewaktu ribut taufan tersebut membadai kawasan itu.

Tidak dapat dipastikan berkenaan angka kecederaan mahupun kematian akibat daripada ribut tersebut di pusat perlindungan itu.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 250 ribu kali.

Sumber: @anthraxxx781

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.