Siakap Keli
Gambar: TikTok @fal.laso

(Video) Kanak-kanak Ini Menangis Tengok Abang Kena Pukul, Ternyata Hanya ‘Prank’

Sebuah video tular memaparkan aksi seorang lelaki dipukul oleh dua orang rakannya sehingga menyebabkan adik perempuan lelaki tersebut menangis, memetik laporan suara.com.

Menurut laporan, lelaki tersebut pura-pura dipukul oleh dua orang rakannya. Di hadapan lelaki itu kelihatan adik perempuan dia yang sudah menangis saat melihat abangnya dipukul.

Kanak-kanak itu memberontak untuk dilepaskan daripada pegangan salah seorang rakan abangnya itu.

Sejurus dia terlepas daripada pegangan rakan abangnya itu, dia terus berlari ke arah abangnya.

Bukan setakat itu, dia juga menghampiri si abang dan kemudiannya bertindak memeluk abangnya sambil menangis teresak-esak.

Video yang memperoleh jumlah tonton melebihi 5.5 juta itu turut mendapat komen yang sangat memberangsangkan daripada warganet.

Rata-rata warganet terhibur setelah menonton perkongsian video itu.

“Hahaha comelnya sampai menangis.” komen warganet.

“Adiknya sayang sangat dekat abang dia.” komen warganet lain.

@fal.laso

Pinter bet drama si bocil

♬ LOCA LOCA – PRODUK_CIKUYA_LEBAK✅

Sumber: Suara.com, TikTok @fal.laso

Nadhirah