Siakap Keli
Kredit : TikTok fazal_zamri

(Video) Rezeki Musim Banjir, Abang Ni Tebar Jala ‘Kena’ Ikan Patin, “Masak Tempoyak Terus La”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rezeki itu luas. Tidak kiralah anda berada di mana-mana sahaja, jika Allah SWT sudah menjanjikan rezeki, maka jadilah.

Walaupun menerima bencana banjir teruk, namun ia tidak mematahkan semangat penduduk yang terjejas untuk mencari rezeki.

Menerusi satu perkongsian video dari TikTok fazal_zamri, kelihatan seorang lelaki yang dibantu oleh dua orang penduduk berjaya menangkap seekor ikan patin di kawasan ditelenggami air.

Video tersebut telah dirakam oleh salah seorang pemilik akaun TikTok yang kebetulan berada di tempat kejadian, iaitu di Temerloh, Pahang.

Menurutnya, dia hanya merekodkan video tersebut. Hasil tangkapan yang diperolehi adalah sebanyak tiga ekor dan saiznya agak lumayan.

Video yang dimuat naik ini telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 203.2k.

@fazal_zamri

rezeki banjir 2021 temerloh#fypシ #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ Ya Allah – Wali

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya ramai meninggalkan komen yang postif. Ada yang berseloroh dengan mengatakan boleh dibuat kenduri dan memasak menu Ikan Patin Tempoyak yang menjadi lambang menu masakan rakyat Pahang.

Kredit : TikTok fazal_zamri
Kredit : TikTok fazal_zamri
Kredit : TikTok fazal_zamri

Sumber : TikTok faizal_zamri

Fathin Nadzira