Siakap Keli

WiFi Tiba-Tiba Perlahan, Ikut 5 Tips Mudah Ini



Zaman sekarang internet dah jadi satu keperluan. Tak kiralah untuk lakukan tugasan, nak beli-belah mahupun berhibur. Tekan-tekan sahaja semua dah ada. Tapi apa jadi kalau tekan-tekan lambat keluar? Tekan-tekan tak keluar langsung?

Hati jadi panas bila WiFi perlahan atau bermasalah. Korang mungkin mahu baiki sendiri tetapi tidak tahu nak mula dari mana boleh ikuti lima langkah mudah dibawah.

1. Restart Router

Ya, restart. Hatta kalau korang tanya khidmat pelanggan sekalipun, mesti dorang akan tanya, ‘Dah restart router?”. Langkah mudah ini tidaklah dijamin 100% boleh atasi WiFi perlahan, tetapi ia adalah salah satu cara paling yang paling berkesan untuk kebanyakan situasi. Matikan router dalam tempoh 10-15 saat sebelum hidupkannya semula.

Dengan restart, kita akan bersihkan memori router dan hentikan tugasan yang mungkin jadi penyebab WiFi korang perlahan. Lebih kurang macam manusia juga, bila letih kita tidur dan bangun dengan segar semula.

2. Semak peranti lain yang sambung dengan WiFi

Kadang-kala WiFi perlahan disebabkan terlalu banyak peranti bersambungan dengan WiFi. Mungkin ada yang sedang download fail-fail berat? Mungkin ada yang ‘menikmati’ WiFi korang tanpa izin? Bayangkan sebuah lebuhraya dipenuhi dengan kereta dan lori yang besar-besar. Macam mana nak gerak laju bila kena bersesak macam ni?

Apa yang korang boleh lakukan adalah muat turun aplikasi WiFi Analyzer atau WiFi Optimiser untuk semak sambungan. Dengan cara itu, korang boleh semak kekuatan isyarat WiFi, jumlah peranti yang akses kepada WiFi, serta lihat WiFi yang lain.

Untuk makluman, WiFi mempunyai dua jenis frekuensi iaitu 2.4GHz dan 5GHz. Senang faham, 2.4GHz kelajuannya rendah tetapi liputannya meluas. Tambahan lagi, banyak produk lain gunakan frekuensi yang sama, contoh macam ketuhar, alat kawalan jauh dan banyak lagi perkakas rumah. Ini sekaligus jadikan ‘laluan’ itu lebih sesak.

Berbeza dengan 5GHz, akses kepada internet lebih laju tetapi capaiannya pendek. Korang disyorkan untuk duduk berhampiran dengan router untuk dapat sambungan lebih stabil

3. Lokasi

Ya, benda ni kadang-kadang ramai terlepas pandang. Disebabkan nak rumah kelihatan kemas teratur, minimalis sampaikan router pun disorokkan ke dalam kabinet TV. Korang kena tahu, internet yang masuk ke dalam telefon tu melalui isyarat dan ia perlukan lokasi yang sesuai tanpa halangan.

Secara mudahnya, kalau mahu WiFi boleh diakses dari setiap pelusuk rumah, letaklah dibahagian tengah rumah. Tetapi ini bergantung kepada router juga, mungkin jarak isyaratnya tak cukup kuat untuk sampai ke tingkat 3 rumah agam korang. Jadi boleh beralih kepada sistem Mesh WiFi. Kebiasaannya ada 2-3 nodes yang bertugas meluaskan lagi isyarat WiFi.

4. Tukar saluran WiFi

Isyarat WiFi berfungsi dengan saluran yang berbeza, lebih kurang macam saluran radio. Router-router lain yang ada berhampiran dengan rumah korang akan bersambungan dengan saluran-saluran ini.

Apa yang korang perlu buat;

  • Muat turun WiFi Analyzer dari Google Play Store atau Apple App Store
  • Buka aplikasi dan cari WiFi rumah korang
  • Semak sama ada saluran yang digunakan itu ada gangguan dengan WiFi lain ataupun tidak. Jika saluran penuh, ia mungkin penyebab WiFi korang perlahan.
  • Tukar ke saluran yang kurang sesak.

5. Gunakan myunifi

Cara paling mudah jika korang adalah pelanggan unifi adalah dengan memuat turun aplikasi myunifi. Selain daripada menguruskan akaun, membayar bil dan menebus mata ganjaran, ada banyak lagi benda lain yang korang boleh nikmati melalui aplikasi myunifi! Antaranya ialah;

Easyfix – Kalau ada masalah seperti WiFi perlahan, aplikasi ini boleh tunjuk ajar menggunakan Easyfix.
Dalam Easyfix ada fungsi seperti Smart Diagnosis bertujuan menyemak isyarat WiFi rumah korang, dan pelbagai tips-tips untuk bantu isu internet dan sambungan WiFi. Sekiranya WiFi masih bermasalah, ia secara automatik akan membuka tiket ke pihak pengendali untuk tindakan selanjutnya.

Notifikasi Proaktif Servis peringatan – Korang juga jangan risau, sekiranya internet dirumah bermasalah sama ada dari segi sambungan atau kerosakan fizikal, TM mampu kesan isu tersebut dan akan hantar SMS serta notifikasi dalam aplikasi myunifi.

Penjejak Perkhidmatan – Aplikasi ini juga mampu paparkan pemantauan masa sebenar melalui ciri Service Tracker. Bahasa mudahnya, ia akan tunjukkan proses baik pulih perkhidmatan unifi yang sedang berlangsung termasuk butiran juruteknik yang ditugaskan.

Jaminan baik pulih servis 24 jam – Kalau sambungan unifi korang tak kembali normal dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat, jangan risau kerana TM dah bagi jaminan akan beri rebat RM50 kepada korang. Ini adalah untuk pastikan kerja-kerja baik pulih sambungan dilakukan dengan pantas dan dalam masa yang sama, bagi sedikit kelegaan kepada pengguna yang terkesan.

Untuk makluman, jaminan kembalikan sambungan dalam tempoh 24 jam ini adalah yang pertama dalam industri.

 

unifi elite – Terakhir sekali iaitu yang kelima, TM turut menjanjikan khidmat pelanggan yang berkualiti melalui unifi elite. Petugas-petugas yang mempunyai kepakaran WiFi akan sentiasa bersedia membantu korang apabila berlakunya gangguan WiFi. Anda boleh minta bantuan daripada unifi elite melalui live chat didalam aplikasi myunifi.

Inilah lima perkara yang dijanjikan oleh pihak TM yang mana ia telahpun dilaksanakan sejak 1 Disember lalu. Jadi buat apa nak pening kepala lagi dengan WiFi perlahan, download saja aplikasi myunifi dan segalanya boleh diselesaikan dihujung jari. Muat turun myunifi Android atau iOS.

Maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan dan tawaran dari unifi anda boleh lawati ke platform rasmi Instagram, Facebook dan Youtube.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.