Siakap Keli
Kredit: Sinar Harian

Digi Kemas Kini Jadual Penamatan Rangkaian 3G Di Beberapa Negeri

Satu makluman dikeluarkan oleh DIGI Telecommunications Sdn Bhd (Digi) untuk mengumumkan berkenaan penamatan rangkaian 3G miliknya di Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis akan dilaksanakan pada 3 Januari 2022, manakala penamatan di Selangor dan Wilayah Persekutuan (termasuk Putrajaya) ialah pada 6 Januari, 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Digi memberitahu bahawa rancangan untuk menamatkan rangkaian 3G Digi di Sarawak akan berjalan seperti dijadualkan pada 30 Disember 2021. Penamatan di Sarawak akan dilakukan selepas mereka berjaya menamatkan rangkaian 3G di Sabah, Wilayah Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang), dan Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan). Penamatan rangkaian 3G di kesemua negeri tersebut adalah untuk membantu para pengguna di kawasan-kawasan berkenaan beralih ke 4G.

“Penamatan 3G di seluruh negara merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menaik taraf infrastruktur digital Malaysia dan menawarkan kesalinghubungan digital yang lancar buat semua. Penamatan ini akan membolehkan spektrum 3G diguna pakai untuk menambah baik rangkaian 4G evolusi jangka panjang (LTE), justeru membekalkan kualiti internet yang lebih baik buat semua pengguna,” jelasnya.

Digi juga memberitahu bahawa pada ketika ini, fokus utama mereka adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat kekal terhubung dengan menjamin ketersediaan perkhidmatan rangkaian di kawasan yang terjejas akibat banjir.

Beberapa tapak-tapak yang terjejas sedang dipulihkan oleh Pasukan Tindakan 24 jamnya dengan segera, terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, dan Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.